THOMAS Muller. FOTO Agensi
THOMAS Muller. FOTO Agensi
Agensi

London: Bintang Bayern Munich, Thomas Muller dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Liga Perdana Inggeris.

Pemain berusia 33 tahun itu kekal menjadi watak penting kelab gergasi Bundesliga itu apabila menjaringkan sembilan gol dan 20 bantuan gol sepanjang musim ini.

Muller masih mempunyai baki kontrak selama setahun. Menurut SportBild, bintang berpengalaman Jerman itu sedang diburu oleh Newcastle dan Everton.

Newcastle berharap dapat menguatkan pasukan pada jendela perpindahan bulan ini dan dijangka mahu berbelanja besar terutama jika mahu mengekalkan prestasi semasa di Liga Perdana.

The Magpies sudah berbelanja apabila mendapatkan Kieran Trippier dari Atletico Madrid dan Chris Wood dari Burnley dalam usaha mereka untuk keluar dari zon penyingkiran.

Sementara itu Everton hanya mempunyai kelebihan empat mata dari zon penyingkiran selepas melalui musim sukar yang menyaksikan Rafael Benitez dipecat selaku pengurus.

Bekas pengurus Chelsea, Frank Lampard menjadi calon utama untuk mengambil alih tugas itu.

Muller menghabiskan keseluruhan kariernya di Bayern Munich dan tampil kali pertama dalam skuad senior pada musim 2008/2009.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 January 2022 @ 10:54 AM