PAQUETA (kiri) menjaringkan gol kemenangan Lyon ketika berdepan Porto. FOTO EPA
PAQUETA (kiri) menjaringkan gol kemenangan Lyon ketika berdepan Porto. FOTO EPA
AFP

Paris: Pemain antarabangsa Brazil, Lucas Paqueta menjaringkan gol kemenangan untuk membantu Lyon memiliki sedikit kelebihan ketika menumpaskan Porto dalam saingan 16 terakhir Liga Europa.

Pasukan bimbingan Peter Bosz, yang bergelut di Ligue 1 musim ini, berharap dapat meraih trofi di peringkat Eropah buat kali pertama.

Paqueta meledak gol kemenangan sebelum aksi berlangsung selama sejam selepas persembahan mengecewakan di separuh masa pertama, apabila dia menerima hantaran Tanguy Ndombele dan melakukan penyudah.

Gol berkenaan disahkan walaupun disemak melalui Video Bantuan Pengadil (VAR) kerana dikhuatiri ofsaid.

Lyon sekarang ini semakin yakin untuk mencari slot ke suku akhir apabila akan beraksi di perlawanan kedua di laman sendiri minggu depan.

"Porto sebuah pasukan mempunyai pemain yang bagus namun pada pendapat saya kami berhak mencatat kemenangan.

"Saya sentiasa berkata VAR adalah sangat bagus, kalau tanpa VAR jaringan kami tidak dikira dan pasukan lawan memperoleh penalti.

"Sudah tentu kami mempunyai kelebihan namun masih ada separuh lagi perjalanan," kata Bosz.

Sementara itu, dalam satu lagi saingan Eintracht Frankfurt berjaya menumpaskan Real Betis 2-1.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Mac 2022 @ 11:18 AM