HAVERTZ (kanan) semakin hampir berhijrah ke Chelsea. FOTO AFP
HAVERTZ (kanan) semakin hampir berhijrah ke Chelsea. FOTO AFP
AFP

KAI Havertz kemungkinan besar akan berhijrah ke Chelsea manakala Kevin Volland semakin hampir menandatangani kontrak bersama Monaco, kata jurulatih Bayer Leverkusen, Peter Bosz.

Jelas Bosz, beliau tidak menjangkakan kedua-dua pemain itu akan kembali selepas tempoh rehat untuk aksi antarabangsa sebelum berkata: "Di dalam bola sepak, ia boleh sentiasa meraih kegagalan pada akhirnya."

Havertz yang berusia 21 tahun dan melakukan penampilan pertama di pentas antarabangsa dua tahun lalu, adalah antara salah seorang pemain berbakat di Jerman.

"Secara jujurnya perbincangan sudah berlangsung sejak sekian lama dan saya berasakan Kai mempunyai peluang lebih baik berbanding kekal bersama kelab ini," kata pengendali dari Belanda itu.

Sebelum krisis koronavirus, Leverkusen meminta yuran perpindahan 100 juta euro (RM497.2 juta) kepada mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan Havertz.

Chelsea sudah mendapatkan seorang lagi bintang Bundesliga, Timo Werner dari RB Leipzig.

Volland pula sudah melakukan 10 penampilan bersama skuad kebangsaan Jerman dan sudah menjaringkan 44 gol di Bundesliga sepanjang tempoh empat musim di Leverkusen.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2020 @ 8:41 PM