GERARD Pique meraikan kejayaan mereka ke atas Elche. -FOTO Reuters
GERARD Pique meraikan kejayaan mereka ke atas Elche. -FOTO Reuters
AFP

Madrid: Barcelona dan Atletico Madrid kembali ke kelompok empat teratas La Liga selepas Barca memerlukan sepakan penalti untuk menewaskan Elche 2-1 sebelum Atletico meraih kemenangan ke atas Real Betis 3-1 dalam perlawanan yang menyaksikan Joao Felix meledak dua kali di Benito Villamarin.

Ia adalah kali pertama Barcelona dan Atletico berada dalam kelompok kelayakan Liga Juara-Juara dalam saingan La Liga sejak Ogos.

Atletico bergelut untuk kembali memantapkan permainan dan konsisten sejak memenangi kejuaraan musim lalu manakala Barca masih lagi bergelut dengan krisis sejak pemergian Lionel Messi.

Namun kedua-dua pasukan itu semakin hampir untuk mencapai objektif minimum mereka bagi membolehkan mereka beraksi di Liga Juara-Juara musim depan dan menghadapi masalah kewangan yang akan dibawa daripadanya.

Barca kini ketiga, sama mata dengan Atletico di tempat keempat namun bermain kurang satu perlawanan.

Mereka mungkin memikirkan peluang untuk menamatkan saingan liga di tangga kedua ketika Sevilla hanya tujuh mata di depan.

"Nampaknya kami akan kalah dalam perlawanan yang kami tidak layak kalah," kata jurulatih Barca, Xavi Hernandez.

"Kami berhak menang lebih dari satu gol."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Mac 2022 @ 10:26 AM