RAPHINHA meraikan jaringannya. FOTO AP
RAPHINHA meraikan jaringannya. FOTO AP
AFP

Barcelona: Barcelona bertahan dengan 10 pemain untuk menewaskan Valencia 1-0, awal pagi tadi hasil tandukan Raphinha dan mendahului sembilan mata berbanding Real Madrid di puncak La Liga.

Real yang juga juara bertahan, gagal mencipta gol ketika menentang Real Betis untuk keputusan seri 0-0 di Benito Villamarin.

Pemain sayap Brazil, Raphinha meletakkan Barcelona di hadapan pada minit ke-16.

Bagaimanapun selepas Ferran Torres terlepas sepakan penalti dan Ronald Araujo dilayangkan kad merah, tuan rumah bertarung habis-habisan untuk mendapatkan tiga mata penuh.

"Kami mempunyai banyak peluang pada separuh masa kedua.

"Kami tidak sepatutnya menamatkan perlawanan seperti ini selepas mempunyai banyak peluang," kata jurulatih Barcelona, Xavi kepada media.

Kemenangan 1-0 Barcelona pada aksi separuh akhir pertama Copa del Rey ke atas Madrid, Khamis lalu diikuti dua kekalahan berturut-turut, dan kemenangan tipis hari ini, memberi bayangan mereka mampu meraih kejuaraan liga buat kali pertama sejak 2019.

Tanpa penjaring terbanyak, Robert Lewandowski; pemain tengah, Pedri dan Gavi serta pemain sayap, Ousmane Dembele, Barcelona hanya melakukan sekadar yang termampu untuk melakar kemenangan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mac 2023 @ 11:05 AM