ANGEL Di Maria (dua dari kiri) cuba melepasi kawalan pertahanan Nice. -FOTO AFP
ANGEL Di Maria (dua dari kiri) cuba melepasi kawalan pertahanan Nice. -FOTO AFP
AFP

Paris: Paris Saint-Germain tewas 0-1 kepada Nice dalam aksi Ligue 1 semalam menjelang kunjungan ke Real Madrid untuk perlawanan kedua perlawanan peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Pemain gantian, Andy Delort menjaringkan gol dua minit sebelum tamat perlawanan untuk meraih kemenangan buat kali kedua daripada 18 perlawanan liga bertemu PSG yang bergelut untuk mencipta peluang tanpa pemain utama yang digantung perlawanan, Kylian Mbappe.

Nice meningkatkan peluang mereka untuk membuat penampilan pertama di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, kini melonjak ke kedudukan kedua liga dan dua mata mengatasi Marseille.

PSG masih kekal dengan kelebihan 13 mata di persada tetapi ia memberi amaran buat Mauricio Pochettino bahawa skuad itu perlu meningkatkan ketajaman di bahagian serangan bagi menghidupkan peluang mereka di Eropah awal pagi Khamis ini.

"Kami agak kurang bernasib baik. Akhirnya kami mungkin tidak layak menang tapi kami tidak layak kalah," kata Pochettino.

"Kami tidak menemui penyelesaian dalam jarak 20 meter tapi kami perlu fikirkan mengenai perlawanan seterusnya menentang Madrid. Ia sangat penting untuk kami tapi kami sangat kecewa dengan kekalahan ini."

Mbappe menjaringkan 24 gol musim ini, melebihi jumlah jaringan terkumpul Lionel Messi, Neymar, Angel Di Maria dan Mauro Icardi.

Dan ketiadaannya di Allianz Riviera menunjukkan betapa penting dirinya buat juara Perancis itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Mac 2022 @ 9:42 AM