KYLIAN Mbappe. FOTO Agensi
KYLIAN Mbappe. FOTO Agensi
Agensi

London: Kylian Mbappe menetapkan syarat untuk menandatangani kontrak dengan Real Madrid pada musim panas ini.

Sikap penyerang Perancis itu yang dilihat tidak mempunyai pendirian tetap difahamkan menyebabkan bos Paris Saint-Germain (PSG) berang.

Mbappe mencetuskan kekecohan awal bulan ini dengan mengesahkan dia tidak akan melanjutkan kontraknya selepas musim panas depan.

Pendedahan itu menyebabkan PSG berdepan prospek kehilangannya secara percuma pada 2024 jika mereka tidak menjualnya semasa jendela perpindahan semasa.

Real Madrid sering dikaitkan mahu mendapatkan Mbappe selepas gagal menyambarnya pada tahun lalu.

Menurut Marca, Mbappe menepatkan syarat baharu iaitu dia hanya akan berhijrah ke Real Madrid dengan syarat dia tidak rugi apa-apa.

Baki 12 bulan kontraknya di PSG bernilai £51 juta (RM303.23 juta) dengan bonus kesetiaan sebanyak £77 juta (RM457.82 juta).

Dia akan kehilangan bonus itu sekiranya berpindah kelab pada musim panas ini.

Mbappe dan ejen yang juga ibunya, Fayza Lamari tidak sanggup kehilangan wang berkenaan.

Mbappe merancang untuk menandatangani perjanjian pra-kontrak bersama Real Madrid pada Januari sebelum menyertai mereka sebaik kontraknya tamat.

Dengan cara itu dia akan menerima baki gaji serta bonusnya, selain yuran perpindahan daripada kelab gergasi Sepanyol itu yang dianggarkan bernilai £86 hingga £108 juta (RM511.3 juta hingga RM642.14 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Jun 2023 @ 11:04 AM