REAKSI Neymar ketika melakukan sepakan penalti. FOTO AFP
REAKSI Neymar ketika melakukan sepakan penalti. FOTO AFP
Agensi

Paris: Neymar melakukan salah satu sepakan penalti paling teruk ketika Paris Saint-Germain (PSG) tewas 1-3 kepada Nantes, hari ini.

Bintang Brazil berusia 30 tahun itu berpeluang untuk merapatkan kedudukan selepas pasukannya ketinggalan tetapi mensia-siakan peluang keemasan itu.

Neymar berpeluang mengurangkan defisit gol untuk skuad bimbingan Mauricio Pochettino pada minit ke-60.

PSG dihadiahkan sepakan penalti selepas Kylian Mbappe dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Neymar diberi tanggungjawab menyempurnakannya tetapi dia sekadar melakukan sepakan lemah yang mudah dibaca penjaga gol Nantes, Alban Lafont.

Sebelum itu, Neymar menerima pujian apabila berjaya merapatkan jurang minit ke-47 selepas PSG ketinggalan 0-3 berakhir separuh masa pertama.

Ia adalah kekalahan kedua dialami PSG pada musim ini namun masih mengungguli kedudukan teratas liga dengan kelebihan 13 mata berbanding pesaing terdekat, Marseille.

Pochettino wajar memberikan tanggungjawab sepakan penalti kepada Mbappe yang menjaringkan gol kemenangan ketika bertemu Real pada saingan Liga Juara-Juara minggu lalu.

Dia juga adalah penjaring terbanyak PSG musim ini dengan 22 gol.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Februari 2022 @ 11:29 AM