OTI Essigba. FOTO Ihsan Melaka United
OTI Essigba. FOTO Ihsan Melaka United
Nazri Abu Bakar


Melaka: Beraksi buat pertama kali di Liga Malaysia bukan halangan buat pemain import baharu skuad Melaka United (MU), Emmanuel Oti Essigba dalam menampilkan aksi terbaiknya.

Malah dia bertekad untuk menghadiahkan kejayaan manis buat skuad Hijau Putih menerusi komitmen tinggi yang dipersembahkan sepanjang sesi latihan dan perlawanan sebenar kelak.

Katanya, sebagai pemain sudah pasti mahu meletakkan kejayaan menarik skuad berkenaan di Liga Malaysia musim ini.

Menurutnya, dengan barisan pemain yang ada dia yakin usaha untuk lebih baik daripada apa yang diperoleh musim lalu buat skuad terbabit mampu menjadi kenyataan.

"Segala-galanya mampu kami lakukan, terutama dalam meraih pencapaian yang terbaik, justeru, sasaran saya ingin mencipta sesuatu yang hebat musim ini.

"Kami tidak boleh berjanji tetapi akan cuba lakukan sehabis baik di pentas saingan kali ini," katanya.

Penyerang sayap kelahiran Ghana itu pernah beraksi beraksi di pentas saingan Liga J1 musim lalu bakal membentuk gandingan berbisa bersama Sony Norde dan Ifedayo Olusegun di barisan serangan.

Pemain berusia 26 tahun itu, pernah menyertai beberapa kelab sekitar Eropah termasuk Braga B dan FC Vizela (Portugal) serta Esbjerg fB (Denmark).

Sentuhannya dan pengalamannya yang pernah menyarung jersi skuad Madura United di Liga 1 Indonesia 2020 itu bakal digunakannya sebaik mungkin dalam usaha mempertajamkan barisan depan skuad Hang Tuah kali ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Februari 2022 @ 5:43 PM