Milan: Liverpool sebelah kaki ke suku akhir Liga Juara-Juara apabila mencatat kemenangan 2-0 di Inter Milan, pagi ini.
Gol sumbangan Roberto Firmino dan Mohamed Salah pada 15 minit penghujung perlawanan memberikan kedudukan selesa buat Liverpool menjelang aksi timbal balik di Anfield, yang dijadualkan 8 Mac depan.
Sementara di Salzburg, Austria, pemain sayap Perancis, Kingsley Coman menyelamatkan maruah pasukannya menerusi jaringan lewat ketika Bayern Munich terikat 1-1 berdepan Red Bull Salzburg.
Coman merembat pada jarak jauh untuk gol di minit akhir perlawanan seterusnya menyamakan jaringan babak pertama Junior Adamu dan menyelamatkan Bayern daripada kekalahan pertama di tempat lawan dalam pertandingan itu sejak 2017.