Leroy Sane (tengah) dalam aksi Kumpulan A menentang Salzburg. FOTO AFP
Leroy Sane (tengah) dalam aksi Kumpulan A menentang Salzburg. FOTO AFP
AFP

Munich, Jerman: Penyandang juara Bayern Munich menempah tempat ke kelompok 16 terakhir ketika Robert Lewandowski merekodkan gol ke-71 dalam perlawanan itu apabila menang 3-1 mengatasi Salzburg.

Lewandowski meledakkan gol sebelum babak pertama tamat di Allianz Arena untuk menyamai rekod penyerang handalan Real Madrid, Raul di kedudukan ketiga Liga Juara-Juara senarai penjaring terbaik Liga Juara-Juara.

Hanya Cristiano Ronaldo meledakkan 131 kali dan Lionel Messi 118 gol lebih banyak gol berbanding bintang Poland itu.

Bayern mencipta kemenangan ke-15 berturut-turut dalam Liga Juara-Juara untuk mara ke pusingan kalah mati sebagai juara Kumpulan A, pasukan tangga kedua, Atletico Madrid seri 0-0 berdepan Lokomotiv Moscow.

Bayern melebarkan penguasaan sejurus selepas babak kedua bermula menerusi percubaan Kingsley Coman yang terkena pertahanan Salzburg, Maximilian Woeber.

Leroy Sane mencetak gol ketiga selepas Bayern bermain 10 orang apabila pemain tengah, Marc Roca dibuang padang pada penampilan sulungnya dalam Liga Juara-Juara.

Salzburg merapatkan kedudukan menerusi jaringan penyerang Mergim Berisha pada minit ke-73.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 November 2020 @ 9:16 AM