ROONEY bekas penyerang Everton.
ROONEY bekas penyerang Everton.
AFP

London: Rafael Benitez dipecat oleh Everton semalam selepas hanya 200 hari mengendalikan kelab Liga Perdana itu dengan bekas pemain Wayne Rooney antara calon pilihan menggantikannya.

Benitez yang dilantik pada Jun tahun lalu bukanlah pengurus popular dalam kalangan penyokong susulan dia sebelum ini pernah bersama musuh mereka, Liverpool.

Pengendali dari Sepanyol itu menerima padah selepas Everton tewas kali kesembilan dalam 13 aksi terakhir liga termasuk tewas 1-2 kepada kelab corot, Norwich Sabtu lalu.

Bekas penyerang Everton, Rooney yang menyerlah sebagai pengurus kelab divisyen dua, Derby menjadi calon pilihan menggantikan Benitez.

Dia memastikan Derby kekal dalam Liga Kejuaraan walaupun dipotong beberapa mata dan masalah pengurusan.

Seorang lagi calon ialah bekas rakan sepasukan Rooney di Everton, Frank Lampard yang dipecat Chelsea tahun lalu manakala pengurus Brighton, Graham Potter dan Paulo Fonseca yang tugas terakhirnya bersama Roma juga tersenarai.

Di bawah kendalian Benitez, Everton hanya meraih 19 mata daripada 19 perlawanan liga, catatan terendah pada peringkat separuh musim sejak 2005-06.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 January 2022 @ 2:14 PM