Frank Lampard. FOTO Agensi
Frank Lampard. FOTO Agensi
Reuters

London: Frank Lampard menandatangani kontrak untuk mengambil alih jawatan pengendali kelab Liga Perdana, Everton, menurut laporan beberapa media England hari ini.

Lampard, yang tidak bekerja sejak dipecat Chelsea pada Januari 2021, dikatakan bersetuju dengan perjanjian dua setengah tahun bersama kelab dari Merseyside itu menurut laporan BBC, Sky Sports dan beberapa media lain.

Everton memecat Rafa Benitez pada awal Januari selepas hanya menang sekali dalam 13 aksi liga.

Bekas penyerang Everton, Duncan Ferguson mengambil alih sementara pasukan untuk perlawanan selepas itu yang berkesudahan tewas 0-1 di laman sendiri kepada Aston Villa.

Bekas pemain tengah England, Lampard bersara pada 2017 selepas karier gemilang dengan majoritinya bersama Chelsea.

Setahun kemudian dia menyertai pasukan pengurusan bersama Derby County dan bergelar jurulatih Chelsea pada 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 January 2022 @ 7:59 AM