COUTINHO bersama jersi Barcelona pada Januari 2018.
COUTINHO bersama jersi Barcelona pada Januari 2018.
Agensi

London: Aston Villa hari ini mengumumkan persetujuan dicapai dengan Barcelona untuk membawa masuk Philippe Coutinho ke kelab itu secara pinjaman.

Pemain Brazil berusia 29 tahun itu turut dipinjamkan ke Bayern Munich pada musim 2019/20 tetapi kini kembali ke Liga Perdana selepas cemerlang bersama Liverpool.

"Aston Villa dan FC Barcelona bersetuju dengan terma untuk Philippe Coutinho menghabiskan musim ini secara pinjaman di Villa Park," menurut kenyataan Villa.

"Perjanjian itu tertakluk kepada ujian perubatan dan permit kerja termasuk pilihan untuk membeli dan Philippe akan hadir ke Birmingham dalam tempoh 48 jam."

Kedatangan Coutinho bermakna dia akan bergabung kembali dengan Steven Gerrard yang beraksi bersamanya di Anfield selama dua tahun.

"63 kap bersama Brazil, menang beberapa piala, cemerlang di Liverpool jadi saya faham mengapa dia dikaitkan dengan banyak kelab," kata jurulatih Aston Villa, Gerrard hari ini.

"Saya tahu mengapa penyokong bercakap mengenainya dan mereka tak akan memperkatakannya jika anda tidak memiliki keistimewaan.''

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 January 2022 @ 6:24 PM