TOTTENHAM sukar terima kenyataan tewas kepada NS Mura. -FOTO Agensi
TOTTENHAM sukar terima kenyataan tewas kepada NS Mura. -FOTO Agensi
Agensi

London: Pengurus Tottenham Antonio Conte berkata mereka kini berada dalam situasi yang sukar selepas mengalami kekalahan memalukan di tangan pasukan kerdil dari Slovenia, NS Mura.

Kekalahan itu menyaksikan peluang mereka untuk layak ke pusingan 16 terbaik Liga Konferens Eropah tampak berliku.

Pengendali dari Itali itu memilih untuk tidak bercakap dengan pemainnya selepas kekalahan di Slovenia yang mana gol Amadej Marosa pada waktu kecederaan memastikan kemenangan yang tidak dijangka buat NS Mura biarpun Harry Kane dilihat cuba mencuri satu mata untuk Spurs yang beraksi 10 pemain.

Kane menjaringkan gol selepas Tommy Horvat membuka jaringan namun namun kad merah yang diterima Ryan Sessegnon meletakkan Spurs dalam keadaan berbahaya.

Jaringan Marosa pada waktu kecederaan nyata mengejutkan pasukan Liga Perdana itu.

Bekas pemain tengah Tottenham Jermaine Jenas memaklumkan kepada BT Sport bahawa kekalahan itu 'satu yang mengejutkan dan memalukan', manakala pengurus Spurs Glenn Hoddle berkata, aksi pemain pada babak pertama sangat teruk.

"Saya tidak suka apa yang berlaku malam ini," kata Conte. "Saya mesti jujur dan memberitahu anda bahawa selepas tiga minggu setengah, saya mula memahami bahawa situasi itu tidak mudah.

"Ia tidak mudah kerana pada ketika ini sudah pasti prestasi Tottenham tidak bagus.

"Saya gembira untuk kekal di sini tapi pada masa yang sama saya mesti jujur dan memberi tahu anda bahawa kami perlu bekerja keras untuk meningkatkan kualiti skuad.

"Saya tahu bahawa ketika ini kita perlu mempunyai kesabaran, masa dan saya di sini kerana saya tahu ada masalah yang perlu diselesaikan.

Kekalahan itu bermakna tempat kedua adalah yang terbaik yang mampu dicapai Spurs dalam Kumpulan G

Pada perlawanan terakhir kumpulan, mereka akan berdepan pasukan yang belum tewas, Rennes yang sudahpun mengesahkan tempat selaku juara kumpulan selepas mencatatkan keputusan seri dengan Vitesse Arnhem, Khamis lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 November 2021 @ 6:34 AM