Pemain England dan Manchester United, Jadon Sancho. FOTO Agensi
Pemain England dan Manchester United, Jadon Sancho. FOTO Agensi
AFP

London: Ole Gunnar Solskjaer berkata pemain tumpuan yang ditandatangani Manchester United, Jadon Sancho akan memainkan peranan pada perlawanan pembukaan Liga Perdana esok berdepan Leeds United tetapi Raphael Varane tidak beraksi kerana beberapa urusan belum diselesaikan.

Pemain tengah England, Sancho yang ditandatangani £73 juta (RM428.4 juta) dari kelab Bundesliga, Borussia Dortmund - mula menjalani latihan bersama pasukan minggu ini selepas pulih daripada kesihatan kata Solskjaer.

Bagaimanapun, pengendali dari Norway itu menambah butiran akhir mengenai pertahanan antarabangsa Perancis, Varane dari Real Madrid belum dapat dipastikan.

"Dia (Varane) tidak menjalani latihan bersama kami," kata Solskjaer pada sidang media hari ini menjelang pra perlawanan esok.

"Perkara ini berlaku dan ia mengambil masa dan malangnya kuarantin turut melanjutkan usahanya."

"Ia belum selesai 100 peratus.. saya boleh katakan dia tidak akan (terbabit) esok kerana tidak menjalani latihan bersama kami."

Pengendali berusia 48 tahun dari Norway itu tidak berdepan masalah menurunkan Sancho, 21, menentang Leeds esok.

"Jadon akan terbabit, semestinya," kata Solskjaer.

"Dia mempunyai minggu yang baik. Sebenarnya, dia tidak begitu sihat selepas bercuti dan dia tidak menjalani latihan beberapa hari.

"Tetapi dia berjaya menyesuaikan diri dengan baik dalam pasukan dan kelihatan lebih tajam daripada yang dijangkakan."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Ogos 2021 @ 11:20 PM