DR BHASHA bergambar bersama bendera England. FOTO Agensi
DR BHASHA bergambar bersama bendera England. FOTO Agensi
Agensi

London: Ratu cantik England yang baharu akan memberi sokongan kepada anak buah Gareth Southgate apabila bertemu Scotland awal pagi Sabtu ini, malah dia sentiasa memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan.

Dr Bhasha Mukherjee, 24, memuji barisan pemain England selepas menewaskan Croatia 1-0 pada perlawanan pertama.

Dia yang bekerja di barisan hadapan sepanjang pandemik Covid-19, memuat naik gambar bendera England berwarna merah dan putih dengan lengkap berpakaian warna merah.

Wanita cantik itu yang berkhidmat di Hospital Pilgrim Boston dekat Lincolnshire dan Hospital Royal Derby pada tahun lalu, mengucapkan tahniah kepada Raheem Stirling dan rakan sepasukan lain selepas bermula langkah kanan di saingan Euro 2020.

Dia kemudian meminta skuad England meneruskan rentak kemenangan apabila bertemu Scotland.

Dr Bhasha kembali ke United Kingdom (UK) dari India hujung tahun lalu untuk menyahut panggilan kerajaan bagi menangani pandemik Covid-19.

Menerusi Instagram miliknya, Bhasha berkata: "Sokong England sepanjang sama.

"Tahniah England kerana permulaan cemerlang di Euro 2020. Siapa yang menontonnya?"

Dia kemudian bertanya kepada pengikutnya adakah mereka berasakan England mampu mememangi edisi Euro kali ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Jun 2021 @ 11:36 AM