HOTEL terbaru Ronaldo di Madrid. FOTO Agensi
HOTEL terbaru Ronaldo di Madrid. FOTO Agensi
Agensi

Lisbon: Pelaburan Cristiano Ronaldo dalam dunia perniagaan terus berkembang dengan pembukaan hotel terbarunya di Madrid sekali gus yang pertama di luar Portugal.

Hotel Pestana CR7 dibuka secara rasminya untuk orang ramai pada Isnin lalu.

Ronaldo sebelum ini memiliki dua hotel di tempat kelahirannya, Funchal di pulau Madeira dan Lisbon. Kedua-duanya mendatangkan keuntungan besar dan kini dia membuka hotel pertamanya di luar Portugal.

Hotel Pestana CR7 memulakan operasinya kelmarin selepas peraturan ketat susulan Covid-19 mula dilonggarkan di Sepanyol. Kos pelaburan hotel terbabit dilaporkan sekitar €13 juta (RM65.25 juta) dan mengandungi 168 bilik.

PEMANDANGAN indah di ruang terbuka.
PEMANDANGAN indah di ruang terbuka.

Bar, gimnasium, restoran pizza, kolam renang dan ruang terbuka di tingkat atas menawarkan pemandangan indah ibu kota Sepanyol menjadi tarikan utama pengunjung.

Bangunan hotel itu menggabungkan senibina abad ke-17 dengan hiasan dalaman dan kemudahan abad ke-21.

Ronaldo menawarkan diskaun 41% kepada pelancong yang berminat menginap di hotel baharunya dengan harga setiap bilik bermula €80 (RM401) semalam.

Pemenang lima kali Ballon d'Or itu merancang untuk membuka lebih banyak hotel di New York, Marrakech, dan Paris pada masa hadapan.

ANTARA bilik yang ditawarkan.
ANTARA bilik yang ditawarkan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Jun 2021 @ 7:23 PM