ZII Jia lebur cabaran Kean Yew.
ZII Jia lebur cabaran Kean Yew.
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia mempamerkan aksi mengagumkan untuk mara ke suku akhir Seluruh England selepas menewaskan bekas juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew.

Akis konsisten yang dipamerkan oleh Zii Jia itu menyaksikan dia hanya memerlukan 33 minit untuk menjinakkan Kean Yew 21-15, 21-12.

Kemenangan itu menyaksikan Zii Jia melebarkan rekod pertemuannya ke atas Kean Yew dengan enam kemenangan berbalas dua.

Kali terakhir Zii Jia bertemu jaguh Singapura itu ketika di Terbuka Denmark dua tahun lalu yang mana kemenangan turut berpihak kepada pemain negara juga dengan kemenangan straight set.

Menanti Zii Jia di suku akhir adalah pemenang antara Lakshya Sen dari India atau pilihan keempat dari Denmark, Anders Antonsen.

Sementara itu perjalanan dua wakil beregu campuran negara terhenti di pusingan kedua yang mana menyaksikan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tewas kepada lawan masing-masing.

Kian Meng-Pei Jing terpaksa akur apabila kecundang di tangan pasangan Taiwan yang juga pilihan kelapan Tang Chun Man-Tse Ying Suet 21,17, 21-11.

Manakala Tang Jie-Ee Wei memberi tentangan sengit dalam pertarungan tiga set sebelum tunduk kepada pasangan Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek 21-17, 19-21, 16-21.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mac 2024 @ 10:14 PM