WEI Chong (kanan) dan Kai Wun memburu slot ke Olimpik Paris 2024. FOTO ASWADI ALIAS
WEI Chong (kanan) dan Kai Wun memburu slot ke Olimpik Paris 2024. FOTO ASWADI ALIAS
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menuntut beregu ketiga negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun untuk tampil lebih garang terutama di dalam gelanggang.

Tegas Norza, Wei Chong-Kai Wun tidak harus merendah diri kerana mereka mampu untuk menewaskan sesiapa saja. Malah mereka turut berpotensi untuk layak ke temasya Olimpik Paris sekiranya mempamerkan aksi konsisten.

"Pemain Malaysia jangan merasa rendah diri. Jangan rasa kita tidak boleh kalahkan sesiapa.

"Kita mampu tewaskan siapa saja yang kita mahu kerana mereka kita mempunyai potensi untuk berbuat demikian," katanya.

Norza turut berharap, Wei Chong-Kai Wun dapat mengikuti jejak langkah juara dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk kekalkan konsistensi.

Malah pemburuan tempat dalam acara beregu lelaki negara ke temasya Olimpik ketika ini turut berlangsung sengit.

Aaron-Wooi Yik kini mengetuai senarai dalam Road to Paris apabila berada di ranking kedua diikuti Ee Yi-Yew Sin (11) manakala Wei Chong-Kai Wun (15) dengan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (22) turut mengejar.

Ia secara tidak langsung memperlihat satu persaingan yang sihat dalam memastikan dua wakil negara layak ke Paris.

Sementara itu, Wei Chong percaya dia dan Kai Wun masih mempunyai peluang untuk mengesahkan tiket ke Paris meskipun ketika ini berada di belakang dua pasangan utama negara, Chia-Wooi Yik dan Ee Yi-Yew Sin

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 November 2023 @ 3:20 PM