GANDINGAN ‘Patatimo Boys’, Wan Arif Wan Junaidi-Muhammad Haikal Nazri mara ke suku akhir Masters Malaysia. FOTO FATHIL ASRI
GANDINGAN ‘Patatimo Boys’, Wan Arif Wan Junaidi-Muhammad Haikal Nazri mara ke suku akhir Masters Malaysia. FOTO FATHIL ASRI
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Gandingan 'Patatimo Boys', Wan Arif Wan Junaidi-Muhammad Haikal Nazri melayakkan diri ke suku akhir selepas menumpaskan rakan senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun 21-18, 21-14 di pusingan kedua Masters Malaysia, hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan Wan Arif-Muhammad Haikal bakal berdepan pilihan keenam dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto di suku akhir, esok.

Pencapaian itu menyaksikan Wan Arif-Muhammad Haikal mengubati kekecewaan di Terbuka Malaysia minggu lalu selepas terkandas di pusingan pertama apabila kalah kepada gandingan profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.

Sementara itu, hasrat Ng Tze Yong untuk melangkah ke suku akhir tidak kesampaian apabila tumpas di tangan pilihan keempat dari Taiwan, Chou Tien Chen 18-21, 16-21.

Tze Yong akan menyambung semula perjuangan di Terbuka Singapura minggu depan sebelum membawa cabaran negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Julai 2022 @ 7:42 PM