AKSI menarik Pearly dan Thinaah ketika menentang beregu Indonesia. FOTO Bernama
AKSI menarik Pearly dan Thinaah ketika menentang beregu Indonesia. FOTO Bernama
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah berjaya membalas dendam ke atas Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti apabila menumpaskan pasangan Indonesia itu di suku akhir Masters Malaysia sebentar tadi.

Sebelum ini mereka tumpas di separuh akhir Masters Indonesia dan kali ini dengan bantuan penyokong di Axiata Arena berjaya mencatatkan kemenangan straight set 21-18, 21-17.

Kemenangan ke atas juara Terbuka Malaysia minggu lalu itu membolehkan Pearly-Thinaah menempah aksi menentang pilihan utama dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan esok.

Qing Chen-Yi Fan mara ke separuh akhir selepas mengalahkan rakan senegara, Du Yue-Li Wen Mei 21-15, 21-13.

Sementara itu, beregu lelaki, Wan Arif Wan Junaidi-Muhammad Haikal Nazri jelas tidak mendapat rentak seperti sebelum ini apabila mereka tumpas straight set kepada pilihan keenam dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.

Gandingan yang dikenali sebagai 'Patatimo Boys' itu tumpas straight set, 10-21, 16-21 dan mengakui jurang mereka dengan pasangan handalan dunia masih lagi jauh.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Julai 2022 @ 10:37 PM