PEMAIN perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia. FOTO ARKIB NSTP
PEMAIN perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia. FOTO ARKIB NSTP
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Seramai 25 pemain dipanggil Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menyertai kem latihan pusat bagi persediaan ke Piala Thomas dan Uber di Bangkok, Thailand, dari 8 hingga 15 Mei depan.

Menurut kenyataan media badan induk itu, tujuh pemain perseorangan lelaki dipanggil diketuai pemain perseorangan profesional, Lee Zii Jia.

Turut tersenarai ialah pemain veteran yang juga berstatus profesional, Liew Daren.

"Seramai 24 pemain (jumlah maksimum 12 pemain lelaki dan 12 wanita) akan berlepas ke Bangkok pada 5 Mei nanti.

"22 April adalah tarikh akhir untuk menghantar senarai pemain kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF)," kata BAM.

Bagi skuad Piala Uber pula, pemain perseorangan profesional yang menunjukkan peningkatan di Terbuka Korea, Goh Jin Wei turut dipanggil menyertai kem latihan pusat itu.

Bagi Piala Thomas, skuad lelaki negara diundi dalam Kumpulan D bersama juara 2014, Jepun, England dan New Zealand, manakala Piala Uber menyaksikan pasukan wanita diletakkan di Kumpulan C dibarisi Thailand, Denmark dan Mesir.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 April 2022 @ 5:56 PM