AXELSEN menjadi pemain pilihan untuk muncul juara di Jelajah Dunia Akhir BWF. FOTO AFP
AXELSEN menjadi pemain pilihan untuk muncul juara di Jelajah Dunia Akhir BWF. FOTO AFP
AFP

Denpasar: Juara Olimpik, Viktor Axelsen merampas kedudukan nombor satu dunia selepas memperoleh kemenangan percuma apabila rakan senegaranya, Rasmu Gemke menarik diri dalam aksi peringkat kumpulan Jelajah Dunia Akhir BWF di Indonesia.

Axelsen, 27, yang meraih emas acara perseorangan lelaki tahun ini di Olimpik Tokyo berjaya memintas pemain Jepun, Kento Momota selepas Gemke menarik diri daripada perlawanan akibat kecederaan.

Momota mengungguli status pemain nombor satu dunia sejak September 2018 dan dia juga menarik diri selepas seminit memulakan aksi.

"Saya minta maaf kepada peminat kerana berakhir seperti ini," kata Momota yang bergelut dengan kecederaan belakang ketika berlatih.

Momota, yang mencatat rekod meraih 11 kejuaraan pada 2019 dan juga Gemke menarik diri daripada saingan itu tatkala baki perlawanan mereka dikira sebagai menari diri mengikut peraturan kejohanan.

Axelsen sekarang ini menjadi pemain pilihan untuk meraih kejuaraan berkenaan dan akan berdepan wakil India, Lakshya Sen bagi aksi seterusnya peringkat kumpulan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Disember 2021 @ 1:26 PM