NOVAK Djokovic terterap selepas kepalanya terkena balingan botol. FOTO Agensi
NOVAK Djokovic terterap selepas kepalanya terkena balingan botol. FOTO Agensi
Agensi

Rome: Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic memerlukan rawatan perubatan selepas kepalanya terkena balingan botol yang dibaling daripada tempat duduk penonoton selepas memenangi aksi pusingan kedua menentang pemain Perancis, Corentin Moutet pada aksi Terbuka Itali.

Pemain Serbia itu menandatangani autograf selepas kemenangan mudahnya 6-3 6-1 sebelum kepalanya terkena balingan botol dan dia terus terterap.

Dia membongkokkan badannya di atas gelanggang selama beberapa saat ketika pegawai perlawanan berlari membantunya dan di bawa ke luar dari situ.

Penganjur kejohanan mengeluarkan kenyataan dan menjelaskan situasi berlaku sambil meminta semua mendoakan kesejahteraan Djokovic.

"Ketika Djokovic melayan peminat dengan menurunkan tandatangan, secara tiba-tiba botol terkena kepala Djokovic.

"Dia diberikan rawatan segera dan sudah meninggalkan Foro Italico untuk kembali ke hotelnya," kata penganjur.

Sementara itu, Djokovic menerusi laman sosialnya mengakui berada pada keadaan baik selepas menerima rawatan.

"Terima kasih kepada yang mengambil berat. Ia hanya kemalangan dan saya baik-baik saja di hotel untuk berehat. Jumpa lagi dalam perlawanan seterusnya," kata Djokovic.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Mei 2024 @ 11:11 AM