Momota tewaskan Zii Jia dalam masa 37 minit. FOTO REUTERS
Momota tewaskan Zii Jia dalam masa 37 minit. FOTO REUTERS
Nor Hairulnizam Wahid


IMPIAN untuk melihat Lee Zii Jia terus melakar sejarah pada penampilan sulungnya di Kejuaraan Badminton Dunia tidak kesampaian apabila terpaksa akur kepada kehebatan Kento Momota pada aksi suku akhir di Basel, hari ini.

Momota, pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia dan juga pilihan utama kejohanan menewaskan Zii Jia straight set, 21-12,21-8.

Zii Jia, semalam mencipta kejutan apabila mara ke suku akhir dengan menewaskan pemain Jepun Kenta Nishimoto, namun Momota hanya memerlukan 37 minit untuk menunjukkan jalan keluar kepada pemain berusia 21 tahun itu.

Momota bagaikan tidak memberi peluang kepada Zii Jia, pilihan ke-14 kejohanan apabila mendahului 21-12 seawal set pertama.

Hajat Zii Jia tak kesampaian. FOTO EPA
Hajat Zii Jia tak kesampaian. FOTO EPA

Enggan membuang masa, Momota segera menoktahkan perlawanan itu apabila jauh meninggalkan pemain negara dan mengesahkan laluan ke separuh akhir.

“Menamatkan saingan di suku akhir pada Kejohanan Dunia pertama saya, saya sedar perjalanan masih jauh lagi tetapi saya sudah berada begitu jauh daripada kedudukan asal saya,” kata Zii Jia selepas perlawanan itu.

“Saya berbangga dengan pencapaian itu, hanya jadi diri sendiri, tiada siapa boleh menilai anda, hanya saya yang tahu siapa saya ingin jadi.”

Terdahulu beregu campuran profesional negara Chan Peng Soon- Goh Liu Ying tewas kepada beregu Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 21-18,12-21,11-21 dalam satu lagi pertembungan suku akhir.

Beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon- Goh Liu Ying tewas kepada beregu Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 21-18,12-21,11-21 dalam satu lagi pertembungan suku akhir.

Susulan kedua-dua kekalahan itu, tiada lagi wakil negara beraksi dalam kejohanan terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Ogos 2019 @ 7:33 PM