SHEVON (kiri) dan Soo Huat tewas kepada pasangan dari Denmark. FOTO Badminton Photo
SHEVON (kiri) dan Soo Huat tewas kepada pasangan dari Denmark. FOTO Badminton Photo
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Pemain beregu campuran profesional negara, Shevon Lai mengakui bahawa mereka mempamerkan aksi buruk selepas tumpas kepada pasangan Denmark, Niclas Nohr-Amalie Magelund di pusingan kedua Terbuka Hylo di Saarbrucken semalam sekali gus gagal untuk sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian di Terbuka Perancis minggu lalu apabila mara ke suku akhir.

Shevon yang berpasangan bersama Goh Soon Huat kalah straight set, 14-21, 15-21 kepada gandingan nombor 27 dunia itu tatkala mereka pula menduduki di ranking ke-13 dunia.

"Tewas dalam perlawanan hari ini (semalam), saya akui ia adalah persembahan buruk daripada kepada berdua. Tidak perlu menuding jari kepada sesiapa saja, kerana kami bermain bersama-sama," kata pemain kelahiran Kuala Lumpur itu.

Ujar pemain berusia 28 tahun itu, selepas bekerja keras, masa dan usaha yang dilaburkan, kalah disebabkan kesilapan sendiri adalah sangat memeritkan.

"Mungkin ada yang mempersoalkan, kenapa selepas bertahun-tahun berlatih masih gagal dengan melakukan kesilapan. Sebenarnya inilah perkara yang benar di dalam sukan.

"Tidak semestinya usaha 100 peratus mampu memberikan kejayaan dan ini adalah cabaran yang harus kami lalui. Bagaimanapun, kami tiada pilihan lain iaitu terus berjuang dan mengharapkan sokongan di antara satu sama lain," kata Shevon.

Soon Huat-Shevon selepas ini kembali pulang ke Asia Tenggara selepas akan menyertai Terbuka Indonesia yang berlangsung di Bali, Indonesia dari 23 hingga 28 November.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 November 2021 @ 7:52 PM