ANNA (kanan) dan Mei Xing berjaya menyelamatkan maruah Malaysia selepas merangkul kejuaraan Terbuka Czech sebentar tadi. FOTO Ihsan Persatuan Badminton Malaysia
ANNA (kanan) dan Mei Xing berjaya menyelamatkan maruah Malaysia selepas merangkul kejuaraan Terbuka Czech sebentar tadi. FOTO Ihsan Persatuan Badminton Malaysia
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Beregu wanita negara Anna Cheong-Teoh Mei Xing memberi khabar gembira buat skuad badminton negara apabila berjaya menjulang kejuaraan Terbuka Czech selepas menewaskan pasangan dari Indonesia, Febby Valencia-Jesita Putri.

Anna Cheong-Mei Xing berjaya merangkul gelaran juara yang pertama biarpun baru digandingkan bersama memerlukan 55 minit untuk menewaskan lawan 21-15, 16-21, 21-17.

Keputusan BAM untuk menggandingkan dua pemain itu tampak tepat apabila mereka berjaya mencari keserasian dalam waktu yang singkat biarpun hanya disatukan selepas Piala Uber yang lalu.

Untuk rekod Mei Xing sebelum berpasangan bersama Yap Ling dan menghuni ranking ke-68 dunia.

Manakala Anna Choeng pula bergandingan bersama Yap Cheng Wen dan berada di kedudukan ke-193 dunia.

Kejayaan itu sekurang-kurangnya berjaya menutup kekecewaan tiga lagi aksi pemain negara yang muncul naib juara dalam acara perseorangan lelaki, wanita dan beregu lelaki selepas tewas kepada lawan masing-masing.

Ng Tze Yong tewas kepada pemain tuan rumah, Jan Louda, 21-16, 16-21, 25-27 dalam aksi perseorangan lelaki manakala Siti Nurshuhaini Azman Putri tewas kepada pilihan kelapan dari Indonesia Kusuma Wardani 16-21, 5-21.

Manakala dalam aksi beregu lelaki Man Wei Chong-Tee Kai Wun tewas kepada beregu Singapura Hee Yong-Loh Kean Hean, 21-13, 15-21, 15-21.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Oktober 2021 @ 10:26 PM