DJOKOVIC diberi rawatan selepas mengadu mengalami kecederaan pada leher dan bahu. FOTO AFP
DJOKOVIC diberi rawatan selepas mengadu mengalami kecederaan pada leher dan bahu. FOTO AFP
AFP

Paris: Novak Djokovic melangkah ke separuh akhir Terbuka Perancis biarpun mengalami kecederaan leher dan bahu ketika menewaskan Pablo Carreno Busta.

Bagaimanapun dia menjelas kecederaan leher dan bahu sudah berjaya diatasi.

Dia akan bertemu Stefano Tsitsipas bagi perebutan tempat ke final.

Terdahulu, dia menewaskan pemain ranking ke-17 dunia dari Sepanyol, Carreno Busta 4-6, 6-2, 6-3, 6-4 untuk mara ke kelompok empat terbaik buat kali ke-38 dalam kejohanan major.

Djokovic kini dalam usaha memburu gelaran kedua Terbuka Perancis dan ke-18 Grand Slam.

Bagaimanapun, pemain nombor satu dunia itu terpaksa menjalani rawatan di bahagian lengan kiri selepas tewas pada set pertama.

"Saya memang tidak berada dalam keadaan baik sebelum memasuki gelanggang hari ini. Ada beberapa perkara yang berlaku ketika sesi memanaskan badan. Saya berdepan isu di bahagian leher dan bahu. Saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenainya.

"Saya berasa baik dan masih dalam kejohanan. Jadi, saya tidak mahu bercerita panjang mengenai masalah ini. Saya tidak terlalu berasa sakit," katanya.

Pemain Serbia itu kini hanya dipisahkan dua kemenangan bagi menjadi pemain lelaki pertama dalam tempoh setengah abad - dan ketiga dalam sejarah - bagi memenangi semua empat gelaran Grand Slam sebanyak dua kali.

- AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Oktober 2020 @ 9:17 PM