TODT (kanan) bersama Schumacher ketika zaman kegemilangan di Ferrari. FOTO Agensi
TODT (kanan) bersama Schumacher ketika zaman kegemilangan di Ferrari. FOTO Agensi
Agensi

BEKAS bos Michael Schumacher, Jean Todt berkata beliau baharu melawat legenda Formula Satu (F1) itu minggu lalu.

Juara dunia tujuh kali itu mengalami kecederaan di kepala ketika melakukan aktiviti ski di French Alps pada Disember 2013.

Situasi Schumacher masih menjadi rahsia di kalangan keluarga rapatnya di rumahnya di Lake Geneva.

Namun Todt yang membantu Schumacher meraih lima kejuaraan dunia bersama Ferrari adalah salah seorang individu bertuah dapat melawat bekas pelumba berusia 51 tahun itu.

"Saya melawat Michael minggu lalu. Dia sedang berjuang.

"Kita semua tahu dia tidak bernasib baik ketika melakukan aktiviti ski dan ia kemudian menimbulkan banyak masalah kepadanya.

"Tapi dia mempunyai isteri yang baik di sisi, anak-anak dan jururawat. Kita hanya mampu berdoa yang terbaiknya untuknya serta keluarganya.

"Apa yang boleh saya lakukan adalah untuk terus bersama mereka sehinggalah saya mampu melakukan sesuatu," katanya.

Schumacher memenangi 72 daripada 91 kemenangan bersama Ferrari tetapi Todt sedar rekod itu akan dipecahkan oleh Lewis Hamilton yang ketika ini meraih 89 kemenangan.

"Lewis akan mengatasi semua rekod Michael kerana dia seorang pemandu yang amat berbakat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 September 2020 @ 12:36 PM