Stan Wawrinka. FOTO Agensi
Stan Wawrinka. FOTO Agensi
AFP

BEKAS juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Stan Wawrinka muncul juara Terbuka Prague semalam, ketika dia kembali beraksi selepas rehat enam bulan kerana pandemik Covid-19.

Begitupun dia mengakui : "Saya belum berada pada tahap terbaik lagi."

Juara Terbuka AS 2016 itu menarik diri daripada menyertai Grand Slam di New York tahun ini kerana "situasi kesihatan" di bandar itu selain mahu memberi tumpuan kepada acara Roland Garros yang dijadual bermula 27 September ini.

Wawrinka pemain nombor 17 dunia, menewaskan pemain di ranking 253 dari Russia, Aslan Karatsev 7-6 (7/2), 6-4 pada final di Prague.

Juara tiga kali Grand Slam beraksi pada kejohanan pertamanya sejak mara ke suku akhir di Acapulco, Februari lalu.

Dia menang kejuaraan Jelajah ATP yang ke 16 dekat Geneva pada 2017.

"Ia adalah perlawanan terbaik minggu ini dan saingannya cukup hebat. Penuh tumpuan, saya melakukan pukulan dengan baik dan saya sangat gembira untuk mendakap trofi ini." kata Wawrinka.

"Gembira dapat kembali semula di sini dan beraksi dalam perlawanan sengit Terbuka Prague, terutama selepas beberapa bulan berehat."

Tambahnya : "Saya rasa bagus, tapi saya tahu saya belum berada pada prestasi terbaik. Kerana inilah sebab kenapa saya ke sini. Saya mahu beraksi dalam lebih banyak perlawanan."

Pemain veteran Switzerland itu dijangka kekal berada di ibu kota Czech itu untuk menyertai satu lagi kejohanan minggu depan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Ogos 2020 @ 8:44 AM