Wawrinka tewas di pusingan pertama Terbuka Itali. FOTO AGENSI
Wawrinka tewas di pusingan pertama Terbuka Itali. FOTO AGENSI
AFP

Pemain Switzerland, Stan Wawrinka tersingkir pada pusingan pertama Terbuka Itali apabila dimalukan pemain tuan rumah berusia 18 tahun, Lorenzo Musetti.

Juara Grand Slam tiga kali itu, diletakkan pilihan ke-10 di Rome, tewas 6-0, 7-6 (7/2) kepada pemain yang menduduki ranking 249 dunia.

Wawrinka, 35, adalah pemain paling berusia di kejohanan itu, bangkit mengejar selepas ketinggan 0-2 di set kedua bagaimanapun sudah terlewat untuk kembali menguasai.

Musetti hanya beraksi satu perlawanan bertaraf jelahan sebelum turun bertemu bekas pemain nombor tiga dunia di Rome menyingkirkan Wawrinka selepas satu jam 24 minit beraksi.

"Saua melihatnya bermain di televisyen dan saya tahu dia seorang pemain yang hebat," kata Musetti yang akan berdepan Kei Nishikori di pusingan kedua.

"Saya akan menikmati kemenangan ini sebelum memikirkan mengenai perlawanan menentang Nishikori."

Musetti, adalah pemain termuda di kejohanan itu, dilahirkan pada 2002, tahun yang sama Wawrinka beraksi di peringkat profesional.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2020 @ 11:38 AM