SETIEN gagal julang Barca. FOTO AFP
SETIEN gagal julang Barca. FOTO AFP
AFP

BARCELONA memecat Quique Setien sebagai jurulatih dengan Ronald Koeman muncul calon utama menggantikannya.

"Jurulatih baharu akan diumumkan beberapa hari lagi dalam sebahagian usaha menstruktur kembali pasukan,'' kata Barca dalam Twitter awal pagi tadi.

Setien baharu sahaja dilantik pada Januari lalu tetapi menerima padah selepas menyerahkan gelaran La Liga kepada Real Madrid dan kemuncaknya apabila dimalukan Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-Juara.

Pemecatannya dimuktamadkan selepas mesyuarat tergempar lembaga pengarah di Camp Nou yang berlanjutan enam jam dan Koeman menjadi pilihan utama mengendalikan pasukan.

Kelab turut mengumumkan pemilihan presiden yang dijadualkan pada Jun tahun depan dipinda ke 15 Mac.

Koeman menjadi jurulatih skuad kebangsaan Belanda sejak 2018 dan dijangka mengendalikan pasukannya di Kejohanan Eropah tahun depan dan Piala Dunia 2022.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Ogos 2020 @ 8:08 AM