Gasperini memimpin Atalanta bersaing di Liga Juara-Juara musim depan. FOTO Agensi
Gasperini memimpin Atalanta bersaing di Liga Juara-Juara musim depan. FOTO Agensi
AFP

GIAN Piero Gasperini memperlahankan isu perpindahan ke AS Roma dan bakal memimpin Atalanta dalam musim pertama buat julung kali kelab itu di Liga Juara-Juara musim depan menurut laporan kelab itu hari ini.

Atalanta menamatkan kempen Serie A di tangga ke tiga sekali gus melayakkan diri dalam saingan Liga Juara-Juara buat pertama kali dalam 111 tahun sejarah kelab itu.

Kelab dari Bergamo turut melangkah ke final Coppa Italia.

Gasperini, yang mengambil alih pada Jun 2016, bersetuju dengan kontrak baru bernilai sekitar 2.2 juta Euro (RM10.30 juta) semusim sehingga Jun 2022, menurut laporan Gazzetta dello Sport dan Sky Sport Italia.

Bekas pengendali Inter Milan, Palermo dan bos Genoa berusia 61 tahun turut dikaitkan dengan kemungkinan menggantikan jurulatih sementara Roma, Claudio Ranieri.

Namun dia dilaporkan sudah diyakinkan untuk kekal selepas diberi jaminan bahawa kelab berkenaan akan diperkuatkan untuk saingan Liga Juara-Juara dan tidak akan menjual pemain tonggak mereka.

Atalanta menjaringkan gol tertinggi musim lalu dengan 77 gol - tujuh melebihi tujuh gol berbanding juara, Juventus.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mei 2019 @ 6:38 PM