SALAH dinasihatkan untuk kekal di Liverpool. FOTO AFP
SALAH dinasihatkan untuk kekal di Liverpool. FOTO AFP
Agensi

BEKAS penyerang Perancis, Nicolas Anelka berkata Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino mampu beraksi di Real Madrid namun dia tidak menggalakkan ketiga-tiga pemain itu berbuat demikian.

Dengan status dua pemain terbaik Afrika, tiga pemenang Kasut Emas, memenangi Kelab Piala Dunia, Liga Juara-Juara dan Liga Perdana, gabungan ketiga-tiga pemain Liverpool itu mampu menyaingi taraf eksklusif Real.

Anelka yang juga bekas pemain Real percaya ketiga-tiga pemain itu mempunyai kualiti untuk beraksi bersama kelab gergasi Sepanyol itu.

Anelka pernah merasai karier hambar di Real selepas berpindah dari Arsenal pada 1999 dan bekas bintang Gunners itu berkata, Anfield adalah tempat terbaik bagi ketiga-tiga pemain itu ketika ini.

"Mereka adalah trio serangan yang bagus. Saya meminati aksi mereka terutama Roberto Firmino kerana dia adalah kunci kepada kejayaan Mohamed Salah dan Sadio Mane

"Salah dan Mane menduduki ranking lima pemain terbaik dunia ketika ini. Mereka mempunyai kualiti untuk beraksi di Real Madrid.

"Tapi sekarang Liverpool mampu bersaing dengan Real, jadi mereka bertiga tidak perlu berhijrah. Liverpool adalah tempat terbaik untuk mereka ketika ini," katanya.

Bekas penyerang Chelsea itu berkata, ketiga-tiga pemain berkenaan pelru kekal bersama kelab Merseyside itu dan cuba meraih lebih banyak kejayaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Julai 2020 @ 2:21 PM