MOHAMED SALAH
MOHAMED SALAH
Agensi

PARIS: Pemain Liverpool, Alisson Becker, Roberto Firmino, Sadio Mane dan Mohamed Salah disenarai pendek bagi anugerah Ballon d'Or 2018.

Seramai 30 calon disenaraikan untuk anugerah tahunan itu yang disampaikan akhbar France Football diumumkan hari ini - dengan empat pemain skuad Reds disahkan antara calon awal.

Daripada senarai itu, 11 daripadanya adalah pemain yang beraksi di Liga Perdana Inggeris manakala bakinya mewakili kelab yang bersaing La Liga, Sepanyol; Serie A Itali dan Ligue 1, Perancis termasuk Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Alisson menyertai kelab itu dari AS Roma ketika perpindahan musim panas selepas membantu kelab Serie A berkenaan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu dan mewakili Brazil pada Piala Dunia.

ALISSON BECKER
ALISSON BECKER

Pemain memakai jersi nombor 13 itu melakukan kemunculan baik dalam kehidupan baharu di Anfield, mencatat lima kali perlawanan tanpa bolos dalam 10 penampilan setakat ini.

Firmino menjaringkan 27 gol dalam semua kejohanan pada musim 2017-18 - termasuk 10 dalam saingan Liga Juara-Juara dan menemui gawang tiga kali pada musim ini.

Sementara itu Mane, seorang lagi pemain utama buat Liverpool musim lalu, menjaringkan 20 gol secara keseluruhan dan pada setiap kempen Piala Eropah.

Salah melalui kempen sulung yang hebat dalam sejarah Reds dengan 44 gol selepas dibeli dari AS Roma pada 2017, termasuk rekod 32 gol dalam 38 saingan Liga Perdana.  

ROBERTO FIRMINO
ROBERTO FIRMINO

Info: Calon Ballon d’Or 2018

Sergio Aguero (Argentina / Manchester City), Alisson Becker (Brazil / Liverpool), Kevin de Bruyne (Belgium / Manchester City), Roberto Firmino (Brazil / Liverpool), Paul Pogba (Perancis / Manchester United), Mohamed Salah (Mesir / Liverpool), Eden Hazard (Belgium / Chelsea), Harry Kane (England / Tottenham Hotspur), N'Golo Kante (Perancis / Chelsea) Hugo Lloris (Perancis /Tottenham Hotspur), Sadio Mane (Senegal/Liverpool),

Gareth Bale (Wales/Real Madrid), Karim Benzema (Perancis/ Real Madrid), Edinson Cavani (Uruguay / Paris Saint-Germain), Thibaut Courtois (Belgium / Real Madrid), Cristiano Ronaldo (Portugal / Juventus), Isco (Sepanyol / Real Madrid), Diego Godin (Uruguay / Atletico Madrid), Antoine Griezmann (Perancis / Atletico Madrid), Mario Mandzukic (Croatia / Juventus).

Marcelo (Brazil/Real Madrid), Kylian Mbappe (France/Paris Saint-Germain), Lionel Messi (Argentina/Barcelona), Luka Modric (Croatia/Real Madrid), Neymar (Brazil/Paris Saint-Germain), Jan Oblak (Slovenia/Atletico Madrid), Ivan Rakitic (Croatia/Barcelona), Sergio Ramos (Spain/Real Madrid), Luis Suarez (Uruguay/Barcelona), Raphael Varane (France/Real Madrid)

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Oktober 2018 @ 1:00 PM