THIEM menganggap kritikan terhadap pemain yang beraksi di Jelajah Adria sangat keterlaluan. FOTO AFP
THIEM menganggap kritikan terhadap pemain yang beraksi di Jelajah Adria sangat keterlaluan. FOTO AFP
AFP

PEMAIN nombor tiga dunia, Dominic Thiem berkata pemain tenis 'harus belajar' daripada apa yang berlaku di Jelajah Adria dan menyifatkan kritikan Nick Kyrgios mengkritik pemain yang mengambil bahagian adalah tidak perlu.

Thiem bermain di Belgrade dalam aksi di Belgrade bulan lalu yang dianjurkan oleh pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic.

"Kita sudah belajar dari kesilapan dan berhati-hati ketika berdepan pandemik yang berlaku. Itu yang sebenarnya kita perlu ambil dari Jelajah Adria," kata Thiem memberitahu wartawan di kejohanan pertunjukan di Berlin.

Djokovic, Grigor Dimitrov, Borna Coric dan Viktor Troicki kesemuanya diuji positif Covid-19.

Djokovic kemudiannya meminta maaf di atas kejohanan itu di mana pemain berpelukan di jaring dan kemudiannya dilihat menyertai parti bersama-sama di kelab malam.

Thiem diuji negatif namun sama seperti lain terpaksa berdepan kritikan dan sudah pun meminta maaf.

"Novak dan lain bukannya terbabit dengan jenayah, anda harus melihat perkara ini.

"Cara kami dikritik adalah tidak adil kerana semua orang melakukan kesilapan. Ia adalah jelas.

"Bagaimanapun, di akhirnya ia terlalu keterlaluan kerana keseluruhan kejohanan itu berjalan dengan baik," katanya.

Kyrgios mengkritik dengan lantang kepada mereka yang beraksi di Jelajah Adria, di mana menggelar keputusan itu sebagai mengikut 'kepala sendiri'.

Kyrgios has been highly critical of anyone who played in the Adria Tour, which he branded a "boneheaded decision" to hold with such little regard for hygiene.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2020 @ 11:21 PM