PENGANJUR mengesahkan masalah yang berlaku tidak menjejaskan persiapan Piala Dunia 2022. FOTO Agensi
PENGANJUR mengesahkan masalah yang berlaku tidak menjejaskan persiapan Piala Dunia 2022. FOTO Agensi
AFP

PENGANJUR Piala Dunia 2022 akan memberhentikan kakitangan yang tidak diberitahu jumlahnya untuk mengurangkan kos akibat masalah ekonomi berpunca daripada penularan wabak Covid-19.

Beberapa sumber yang memberitahu AFP, kehilangan pekerjaan, yang sebelum ini dilaporkan tidak berlaku, terjadi sama seperti syarikat gergasi berkaitan negera berkenaan iaitu Qatar Petroleum dan Qatar Airways.

Badan kerajaan yang menganjurkan kejohanan itu, dikenali sebagai Jawatankuasa Supreme, menawarkan 550 pekerjaan terdiri dalam kalangan rakyat negara itu dan ekspatriat namun turut mengawasi puluhan ribuan pekerja kontraktor.

"Jawatankuasa Supreme baru-baru ini melakukan latihan dalaman untuk menilai tenaga kerja sedia ada yang terbabit dalam pengurusan dan pelaksanaan kecekapan operasi sebagai sebahagian daripada perubahan berkenaan," kata organisasi itu dalam satu kenyataan kepada AFP semalam.

Penganjur Piala Dunia 2022 tidak mengesahkan berapa orang yang akan hilang pekerjaan atau bagaimana mereka melakukan projek penjimatan berkenaan.

"Kesimpulannya, kami membuat keputusan berkaitan posisi yang berlebihan. Semua berkaitan gaji dan faedah akan dibayar kepada mereka yang diberhentikan, mengikut undang-undang buruh Qatar," jelas kenyataan itu.

Sumber daripada salah satu syarikat utama terbabit dalam pembinaan stadium memberitahu AFP beberapa staf dan kontraktor mereka sudah diberhentikan.

Walaupun impak akibat Covid-19 ke atas kerja pembinaan, termasuk penjarakan sosial yang memperlahankan tugas, penganjur menjelaskan bahawa mereka persiapan sudah dijalankan lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan dan 85 peratus insfrastruktur untuk kejohanan itu sudah lengkap.

Penganjur mengesahkan lebih 1,1000 kes Covid-19 dicatatkan dalam kalangan pekerja projek kejohanan dan sekurang-kurangnya seorang meninggal dunia akibat virus berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2020 @ 11:02 AM