WERNER menjadi sasaran utama Liverpool. FOTO AFP
WERNER menjadi sasaran utama Liverpool. FOTO AFP
Agensi

LIVERPOOL meminta wakil Timo Werner untuk memberi lebih masa bagi membolehkan kelab itu mengemukakan tawaran rasmi kepada RB Leipzig.

The Reds mahu melihat untuk tempoh beberapa minggu lagi bagaimana pandemik Covid-19 memberi kesan kepada pintu perpindahan pemain.

Liverpool masih berminat untuk mendapatkan pemain antarabangsa Jerman itu yang mempunyai klausa pelepasan bernilai £52 juta (RM279 juta).

Sebelum pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, Werner sememangnya mahu meninggalkan Leipzig.

Peluang masih tinggi untuknya meninggalkan kelab sedia ada pada musim panas dengan Anfield menjadi destinasi pilihan seterusnya.

Chelsea dan Inter Milan turut berminat dengan pemain itu, namun semua kelab sedang melihat bagaimana situasi pasaran perpindahan pemain selepas majoriti kelab berdepan masalah kewangan sejak beberapa bulan lalu.

Werner sudah menjaringkan 72 gol daripada 118 penampilan dan pada usia 24 tahun, kariernya jelas masih panjang.

Werner menjadi sasaran utama Liverpool jika kelab itu mahu mendapatkan pemain baru namun ada yang berpendapat dia bakal berdepan saingan hebat daripada Roberto Firmino, Mohamed Salah dan Sadio Mane di barisan depan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mei 2020 @ 2:15 PM