JURGEN Klopp. FOTO AFP
JURGEN Klopp. FOTO AFP
Agensi

London: Jurgen Klopp berkata Liverpool 'tidak perlu menambah pemain lagi' menjelang musim baharu apabila menegaskan ia tidak masuk akal kerana beliau mempercayai barisan pemain sedia ada.

Liverpool dilihat menyepi sepanjang jendela perpindahan pemain apabila hanya membawa Ibrahima Konate dari RB Leipzig.

Pada masa sama, Klopp juga kehilangan tonggak utama, Georginio Wijnaldum yang berhijrah ke Paris Saint-Germain menerusi pepindahan secara percuma.

Klopp juga menyaksikan Andy Robertson mengalami kecederaan ligamen pergelangan kaki ketika seri 1-1 dengan Athletic Bilbao pada perlawanan persahabatan dan dijangka diketepikan untuk beberapa minggu.

Di sebalik semua itu, Klopp menegaskan beliau tidak berminat untuk mencari mendapatkan pemain baharu.

"Mari sama-sama lihat skuad sedia ada. Adakah anda mahu membeli pemain pertahanan? penjaga gol? Kami sudah ada pemain yang bagus.

"Di bahagian tengah kami mempunyai ramai pemain berpengalaman seperti Thiago, Fabinho, (Jordan) Henderson, Alex Oxlade-Chamberlain dan Naby Keita.

"Sebagai tambahan, kami mempunyai barisan pemain muda seperti Harvey Elliott dan Curtis Jones.

"Di bahagian serangan kami mempunyai Sadio Mane, Roberto Firmino, Mohamed Salah, Diogo Jota, Xherdan Shaqiri, Takumi Minamino dan Divock Origi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Ogos 2021 @ 9:40 PM