Pemain Aston Villa meraikan kejayaan pasukan mengatasi Leicester. FOTO AFP
Pemain Aston Villa meraikan kejayaan pasukan mengatasi Leicester. FOTO AFP
Reuters

PEMAIN Aston Villa, Trezeguet meledak gol kemenangan dramatik pada minit ke-93 untuk memastikan pasukannya mara ke final Piala Liga selepas mengatasi Leicester City 2-1 pagi ini sekali gus memberi kelebihan menang menerusi agregat 3-2.

Matt Targett menjaringkan gol buat tuan rumah mendahului di peringkat separuh akhir di Villa Park selepas bergandingan baik bersama Jack Grealish, dengan percubaan pemain Leicester, Youri Tielemans menambah jaringan terkena palang pada penghujung babak permainan.

Kelechi Iheanacho menyamakan kedudukan pada jarak dekat pada minit ke 72 seperti dilakukan pada perlawanan pusingan pertama, namun penamat sempurna Trezeguet pada minit akhir berhampiran tiang gol untuk memastikan kemenangan skuad kendalian Dean Smith.

Villa, juara lima kali kembali pada final buat pertama kali sejak selepas 2010 akan berdepan sama ada Manchester City atau Manchester United, dengan perlawanan timbal balik yang akan berlangsung esok selepas City mendahului 3-1 menerusi agregat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 January 2020 @ 7:05 AM