JORGINHO (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO EPA
JORGINHO (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO EPA
AFP

London: Chelsea berada di landasan tepat untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan selepas melakar kemenangan 2-1 ke atas Leicester, hari ini.

The Blues berjaya membalas dendam kekalahan 0-1 kepada Leicester pada final Piala FA, Sabtu lalu sekali gus menjejaskan peluang Foxes untuk memburu tiket di pentas Eropah.

Skuad bimbingan Thomas Tuchel memecah kebuntuan menerusi gol pertama minit ke-47 menerusi gol Antonio Rudiger.

Jorginho menambah gol kedua Chelsea menerusi sepakan penalti minit ke-66 selepas video bantuan pengadil (VAR) mendapati Wesley Fofana mengasari Timo Werner.

Kelechi Iheanacho mencetuskan resah buat Chelsea apabila merapatkan jurang minit ke-76.

Bagaimanapun Chelsea berjaya mengawal permainan sehingga tamat perlawanan. Chelsea akan mengesahkan tempat ketiga jika mereka melakar kemenangan di Aston Villa pada perlawanan terakhir.

"Pemain menjalankan tugas dengan baik hari ini. Kami perlukan satu lagi prestasi cemerlang di Aston Villa," kata Tuchel.

Selepas memenangi Piala FA buat kali pertama, Leicester mungkin dinafikan peluang untuk menamatkan saingan di kelompok empat terbaik buat musim kedua berturut-turut.

Skuad bimbingan Brendan Rodgers itu kini mempunyai kelebihan tiga mata berbanding Liverpool di tangga kelima.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Mei 2021 @ 8:08 AM