Aksi Jurulatih Tottenham Hotspur, Jose Mourinho ketika perlawanan berdepan Norwich baru-baru ini. FOTO AFP
Aksi Jurulatih Tottenham Hotspur, Jose Mourinho ketika perlawanan berdepan Norwich baru-baru ini. FOTO AFP
Agensi

PENGURUS Tottenham, Jose Mourinho berkata Christian Eriksen akan beraksi menentang Middlesbrough awal pagi esok, sekali pun dikaitkan dengan perpindahan ke Inter Milan.

Kelab Serie A itu dijangka akan mengetahui lebih lanjut mengenai peluang menandatangani perancang tengah, yang tidak lagi berada dalam senarai kesebelasan utama, dalam masa dua hari.

Ditanya mengenai prestasi terkini pemain Denmark itu Mourinho berkata : "Adakah ini Christian Eriksen yang terbaik?

"Saya harus jujur dan berkata tidak. Saya tahu sebabnya, saya tidak bodoh."

Christian Eriksen tidak berminat menyambung kontrak bersama Spurs. FOTO AFP
Christian Eriksen tidak berminat menyambung kontrak bersama Spurs. FOTO AFP

Eriksen, 27, sudahpun membayangkan dia tidak berminat untuk menyambung kontrak di Spurs dan mahu mencari pengalaman luar daripada England.

Pemain Denmark, yang membantu Tottenham mara ke final Liga Juara-Juara pada Jun, sudah tampil 25 kali buat kelab itu musim ini, walaupun lapan daripada penampilannya dalam perlawanan skuad Liga Perdana itu sebagai pemain gantian.

Dia membuat penampilan dalam kesebelahan utama kendalian Mourinho bagi perlawanan liga buat pertama kali pada Januari, lebih sebulan selepas pengendali Portugal mengambil alih tugas daripada Mauricio Pochettino.

"Pemain dalam situasi sebegini, sekalipun jika dia mahu - dan saya tidak mengkritik tindakannya... Ia adalah perkara biasa bagi pemain dalam situasi ini tidak beraksi pada tahap sepatutnya pada peringkat tertinggi," tambah Mourinho.

"Tapi dia membantu kami dalam perlawanan ketika dia beraksi untuk kami. Dia mempamerkan prestasi yang baik dan memberi sumbangan positif seperti dalam perlawanan menentang Olympiakos dan Norwich."

Eriksen tampil dalam kesebelasan utama perlawanan menentang Boro dalam aksi pusingan ketiga Piala FA yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 dan kemungkinan akan beraksi dalam perlawanan timbal balik di Stadium Tottenham.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 January 2020 @ 12:25 PM