Moutet membuat pukulan balasan menentang Rublev pada final Terbuka Qatar. FOTO AFP
Moutet membuat pukulan balasan menentang Rublev pada final Terbuka Qatar. FOTO AFP
AFP

PEMAIN tenis Russia, Andrey Rublev menewaskan Corentin Moutet dari Perancis, 6-2, 7-6 (7/3) untuk menjuarai Terbuka Qatar awal pagi ini.

Kejayaan ketiga menjulang trofi dalam karier Rublev dan membolehkan dia berada dalam kelompok 20 pemain teratas dunia buat pertama kali.

Rublev, 22, dan ranking 23, mendominasi pertembungan berdepan pemain nombor 81 dunia yang mengejutkan pilihan utama dan juara tiga kali kejohanan utama, Stan Wawrinka pada separuh akhir.

"Masih banyak kerja yang harus dilakuan tapi saya gembira untuk menjadi pemain dalam kelompok 20 teratas," kata Rublev.

Rublev (kanan) bergambar bersama trofi dan Moutet selepas aksi final di Doha. FOTO AFP
Rublev (kanan) bergambar bersama trofi dan Moutet selepas aksi final di Doha. FOTO AFP

"Saya fikir ini adalah sebahagian yang baik bagi saya, bahawa saya masih mempunyai banyak ruang untuk memperbaiki prestasi.

Saya mahu cuba mencapai pada tahap maksima dan kemudian kita lihat apa yang bakal berlaku."

Pemain pilihan kedua Rublev, naib juara 2018 di Doha, memenangi kejuaraan terdahulunya di Umag pada 2017 dan di halaman sendiri di Moscow tahun lalu.

"Ia menakjubkan. Saya sentiasa sangat gembira untuk beraksi di sini.

Saya sentiasa enjoy meluangkan masa di sini dan akhirnya memenangi kejuaraan adalah sesuatu yang istimewa buat saya," kata Rublev.

"Ia permulaan hebat untuk musim ini buat saya dan saya harap dapat meneruskan aksi pada tahap ini."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 January 2020 @ 10:11 AM