Paul Pogba. FOTO File Reuters
Paul Pogba. FOTO File Reuters
AFP

PAUL Pogba terpaksa diketepikan sehingga Disember ini menurut jurulatih Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer.

Pemain berusia 26 tahun yang memenangi Piala Dunia bersama skuad Perancis tidak beraksi buat kelab itu sejak 30 September berikutan mengalami kecederaan pergelangan kaki dan terlepas aksi ketika United mencatat kemenangan 3-1 ke atas Norwich, yang juga kemenangan pada perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris musim ini.

“Saya tidak fikir akan melihat aksinya mungkin sebelum Disember,” kata Solskjaer.

“Dia terpaksa diketepikan sementara. Dia perlukan masa untuk pulih sepenuhnya, jadi saya tak fikir dia akan kembali.. mungkin pada perlawanan berdepan Sheffield United (24 November) selepas rehat antarabangsa tetapi mungkin sebelum Disember anda akan dapat melihat aksinya.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Oktober 2019 @ 12:39 PM