PEMAIN Juventus meraikan kemenangan selepas tamat perlawanan di Turin. - FOTO EPA
PEMAIN Juventus meraikan kemenangan selepas tamat perlawanan di Turin. - FOTO EPA
Reuters

AARON Ramsey meledak jaringan pada penampilan sulung bersama Juventus dan Cristiano Ronaldo menyempurnakan penalti ketika juara bertahan Serie A itu bangkit daripada ketinggalan menewaskan Hellas Verona 2-1 di Stadium Juventus, awal pagi tadi.

Juventus yang mendahului 2-0 ketika menentang Atletico Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara sebelum seri 2-2 pertengahan minggu ini ketinggalan selepas rembatan kencang Veloso oada minit ke-20 gagal diselamatkan penjaga gol veteran Juve, Gianluigi Buffon. Sebelum itu pelawat hampir di depan namun sepakan penalti Samuel Di Carmine terkena tiang sebelah kiri gawang Inter.

Bagaimanapun, Ramsey menyamakan kedudukan 11 minit kemudian selepas rembatan Ramsey terkena badan Koray Gunter sebelum menerjah gawang Verona dan pertahanan Jerman itu sekali lagi tidak bernasib baik empat minit selepas rehat apabila dia menjatuhkan Juan Cuadrado. Ronaldo tidak mempersiakan peluang itu untuk gol kedua tuan rumah.

Ketika tiga mata diraih melegakan penyokong mereka, pengendali Juve, Maurizio Sarri belum berpuas hati dengan persembahan keseluruhan pemainnya.

"Pasukan ini masih dalam proses pembinaan dan anda boleh saksikan,” kata bekas pengurus Napoli dan Chelsea itu.

"Mungkin mereka keletihan mental kerana anda perlu cas bateri selepas bebera hari. Dengan banyak perubahan, anda boleh tidak seimbang dan kita boleh saksikan hari ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 September 2019 @ 7:55 AM