SAFAWI raih 9,836 undi.
SAFAWI raih 9,836 undi.
Syazwan Msar


BINTANG Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rasid terpilih sebagai pemain terbaik bulanan Liga Super Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM -ASIANA) edisi Julai.

Safawi yang beraksi di bahagian serangan meledak 13 gol dan lapan bantuan gol bersama JDT mengalahkan empat pemain import lain Sanjar Shaakhmedov(Terengganu FC), Sandro Da Silva(Selangor), Herold Goulon(Pahang) dan Washington Brandao(PJ City).

Mengikut rekod, sebelum itu pemain Kedah Baddrol Bakhtiar dipilih sebagai penerima anugerah bagi edisi Jun.

Beliau menerima undian tertinggi sebanyak 39.56% (9,836 undi) mengalahkan empat calon lain iaitu Ifedayo Olusegun dari Selangor FA (24.28% - 6,037 undi), Sanjar Shaakhmedov. Anugerah berkenaan adalah pengiktirafan kepada pemain bola sepak profesional yang bermain dalam Liga Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 September 2019 @ 9:39 PM