MARADONA mengendalikan Dorados selama sembilan bulan. — FOTO Agensi
MARADONA mengendalikan Dorados selama sembilan bulan. — FOTO Agensi
AFP

BEKAS kapten juara Piala Dunia Argentina, Diego Maradona selamat menjalani pembedahan lutut di Buenos Aires hari ini, menurut peguamnya.

Bekas jurulatih pasukan kebangsaan Argentina itu melepaskan jawatannya di kelab divisyen dua Mexico, Dorados bulan lalu kerana masalah kesihatan selepas mengendali hanya sembilan bulan.

Peguamnya, Matias Morla mendedahkan Maradona perlu menjalani pembedahan lutut dan bahu.

“Semuanya berjalan dengan sempurna,” kata Morla dalam akaun Twitter, merujuk kepada pembedahan lutut kanan Maradona.

Pelantikan Maradona di Dorados September lalu mengejutkan, di sebalik sejarah kegagalannya sebagai jurulatih sejak meninggalkan pasukan kebangsaan susulan Piala Dunia 2010.

Ia turut mencetus minat pemerhati kerana Dorados berpangkalan di selatan negeri Sinaloa, yang terkenal dengan kumpulan dadah besar diterajui Joaquin “El Chapo” Guzman, yang menjalani hukuman penjara di Amerika Syarikat awal bulan ini.

Maradona, 58, pernah mengalami masalah dengan penyalahgunaan dadah termasuk kokain.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Julai 2019 @ 9:28 AM