MARADONA dibedah kerana pendarahan dalaman. FOTO/AGENSI
MARADONA dibedah kerana pendarahan dalaman. FOTO/AGENSI
Reuters

BUENOS AIRES: Kapten bekas juara Piala Dunia Argentina, Diego Maradona semakin pulih di hospital hari ini selepas menjalani pembedahan rutin kerana pendarahan dalaman, menurut peguamnya.

Bekas bintang Boca Juniors dan Napoli berusia 58 tahun itu didapati mengalami masalah itu awal bulan ini ketika pemeriksaan di hospital di Olivos, pinggir Buenos Aires.

Pembedahan awal pagi tadi, untuk menyekat pendarahan disebabkan hernia, tidak begitu menyukarkan tetapi disasarkan untuk menyelesaikan masalah “kurang selesa” disebabkan isu itu.

“Prosedur pembedahan Diego Maradona sudah berakhir,” kata peguamnya Matias Morla dalam laman Twitter. “Syukur kepada Tuhan semuanya berjalan sempurna.”

Maradona kerap dimasukkan ke hospital sejak beberapa tahun kebelakangan, semuanya kerana gaya hidup luar biasa yang membantunya menjadi seorang daripada pemain paling diminati pada abad ke-20.

Beliau kali terakhir jatuh sakit pada Piala Dunia 2018 di Russia apabila beliau pengsan di tempat duduk eksekutif ketika perlawanan Argentina-Nigeria.

Maradona dibawa ke hospital pada 2004 kerana masalah jantung dan pernafasan disebabkan mengambil kokain. Beliau kemudian menjalani rawatan pemulihan dadah di Cuba dan Argentina sebelum pembedahan perut pada 2005 membantunya mengurangkan berat badan.

Pada 2007, beliau pergi ke klinik di Buenos Aires untuk membantunya mengatasi masalah pengambilan alkohol.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 January 2019 @ 1:34 PM