EVERTON (kanan) bersaing dengan pemain Argentina, Juan Foyth pada separuh akhir Copa America di Belo Horizonte, awal pagi kelmarin. — FOTO AFP
EVERTON (kanan) bersaing dengan pemain Argentina, Juan Foyth pada separuh akhir Copa America di Belo Horizonte, awal pagi kelmarin. — FOTO AFP
AFP

PEMAIN Brazil, Everton menyatakan kehidupannya berubah sejak persembahannya pada Copa America menjadi tumpuan dunia selain khabar angin dia dijangka berpindah ke Eropah dengan bayaran lumayan.

Dia akan diberi peluang sekali lagi untuk meletakkan dirinya dalam pasaran perpindahan apabila tuan rumah Brazil berdepan pasukan penuh kejutan Peru pada final Copa di Rio de Janeiro, awal pagi Isnin ini.

“Kehidupan profesional dan peribadi saya berubah. Saya dikenali di seluruh dunia,” kata pemain berusia 23 tahun itu yang digelar Cebolinha – bawang merah – kerana gaya rambutnya yang hampir sama dengan satu karakter kartun.

“Saya cuba menggunakan kesempatan ini yang amat penting dalam karier saya. Saya harap mampu muncul juara.”

EVERTON (kanan) menjalani latihan di Granja Comary, Teresopolis menjelang final Copa. — FOTO Reuters
EVERTON (kanan) menjalani latihan di Granja Comary, Teresopolis menjelang final Copa. — FOTO Reuters

Dia dilaporkan mencuri tumpuan kelab juara Inggeris, Manchester City, musuh setempat mereka Manchester United dan kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain.

Namun Everton, yang beraksi dengan Gremio di negara kelahirannya menegaskan, jika dia berpindah ke Eropah sekalipun, dia tidak akan mengubah corak permainannya.

Dia menyatakan akhir-akhir ini Brazil dan bola sepak dunia terlalu terikat dengan bola sepak Eropah, cara taktikal yang jauh berbeza dengan ciri-ciri pemain Brazil, yang suka menggelecek satu lawan satu.

“Jadi saya cuba mengekalkannya, yang saya lakukan sejak kecil dan DNA bola sepak Brazil, dengan tanggungjawab serta taktikal berkembang tapi tidak tersasar daripada ciri-ciri saya: menggelecek.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Julai 2019 @ 8:18 AM